MAKLUMAT DAN SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH RINGKAS

SK Tasek Permai telah mula beroperasi pada tahun 1999, di atas sebidang tanah seluas 4 ekar di Kg Tasek Permai. Guru Besar pertama ialah Pn Hjh Maizun Bt Arshad dan dibantu oleh Pn Nur Yasmin (GPK Kurikulum) En Azman Bin Abd Manaf (GPK HEM) dan En Sarajuddin Bin Md Yusuf (GPK Kokurikulum) serta 38 orang guru dan dua kakitangan pejabat. Di awal pembukaan sekolah, kira-kira 500 orang murid telah menjadi murid pertama yang rata-ratanya datang dari Lembah Jaya dan sekitar Taman Tasek. 

COGAN KATA SEKOLAH

Bersopan, Berhemah, Berpotensi

VISI :

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI:

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

LAGU SEKOLAH

Sekolah Tasek Permai

Seindahnya namamu

Semurni suasana

Gemilang selamanya

Di sini kita bermula

Di sini kita membina

Jati diri mulia

Itu wawasan semua

Erat perpaduan

Bersopan, berhemah, berpotensi

Cekal berusaha

Mengejar cita-cita

Doaku kepadaNya

Cita menjadi nyata

Berjasa kita kepada negara

Doaku kepadaNya

Cita menjadi nyata

Berjasa kita kepada negara


PENGERTIAN LENCANA

  • Perisai bewarna biru dilinggari reben hijau. Di dalam perisai terdapat motif yang melambangkan buku, obor dan lambang teknikal.
  • Buku melambangkan kewajiban menuntut ilmu bagi meningkatkan kesuburan akal dan kecemerlangan seterusnya dapat meningkatkan martabat bangsa, agama dan negara
  • Lambang teknikal membawa maksud kepentingan menguasai sains dan teknologi ke arah mempersiapkan pelajar ke era serba moden di masa akan datang.